Khamis, 26 Julai 2012

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari SandakanSabah.Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hentar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.[1]Kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali. Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Laurentius Ambu, tujuan utama pusat ini ialah membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semula jadi apabila masanya sesuai. Pusat ini juga berfungsi menyelamat dan mengembalikan semula ke dalam hutan anak orang utan yang terpisah daripada ibunya.



Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :
lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia
dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka.  Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.

Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.
Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas.   Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam.
Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)
Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan atau MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.


Masa Dibuka
Pagar Keselamatan
Setiap hari
8.00 pagi – 5.00 petang
Kaunter Tiket
Setiap hari
9.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 ptg   -    3.30 ptg
Dewan Pameran
Setiap hari (kecuali Jumaat)
9.00 pagi  -  4.30 petang
 
Pagar Keselamatan :
Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket :
Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang
Dewan Pameran :
Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat :
Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang

Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00
Keterangan Lanjut
Alamat
Batu 14, Jalan Labuk
WDT200, 9009 Sandakan Sabah
Tel: +6089531180
Faks: +6089 531189
E-mel : soutan@po.jaring.myLaman Web: http://www.sabah.gov.my/jhl/


Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.


Pengangkutan


TAMBANG  PENGANGKUTAN DARI  BANDAR  SANDAKAN

Teksi
Bas
RM100.00 (ulang-alik) 
RM2.10 sehala



[sunting]